Total Pageviews

Friday 18 October 2013

warisan bangsa ...satu penentuan

WARISAN  MELAYU  AMANAT  BANGSA…DILEMA PEMILIHAN  UMNO


Sekapur Sirih kembali berbicara…. Masa depan politik enam calon naib presiden bakal ditentukan esok begitu jugalah masa depan UMNO dalam PRU14 kelak. Umum mengetahui bahawa Najib gagal mengembalikan kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU13 dimana BN hanya menang 133 kerusi berbanding PRU12 sebanyak 147 kerusi bermakna hilang 10% kerusi lagi.
. Dan kalau dalam PRU14 BN kehilangan 10% lagi kerusi bermakna Presiden UMNO bakal menjadi Ketua Pembangkang dan ahli UMNO menjadi ahli pembangkang malah yang lebih dahsyat lagi bangsa Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak kehilangan dominasi dalam masyarakat majmuk dan kalau Tun Razak mengasaskan Dasar Ekonomi Baru maka jika DS Najib masih presiden UMNO maka anak Tun Razak merupakan peranap segala impian Melayu dan impian ayandanya.
Melayu akan kembali merempat seperti  57 tahun dahulu. Ini adalah kerana apalah sangat diharapkan dari PKR dan PAS, yang satu tu sibuk pasal perjuangan bangsa lain manakala satu lagi sibuk dengan ceramah maki hamun di surau surau dan masjid masjid maka benarlah bagai kisah Pak Pandir ‘menang sabung kampong tergadai’ manakala UMNO ketika tu hanya melutut ditepi gantang bagai lembu yang berkumpul di Hari Raya Korban. Yang paling menyedihkan orang melayu akan di pinggirkan dan tidak mustahil terpaksa merempat di negara Negara asing. Orang Melayu memang selalu mengambil sambil lewa seolah olah ajal tu perkara mustahil,  dah lah Melayu berpecahbelah dalam komuniti ini kepada Melayu UMNO, PAS, PKR, Sosialis dan berbagai-bagai.
Melayu lupa setiap yang bermula akan berakhir begitulah ajal bangsa namun kita diajar tentang semangat pahlawan melayu ‘biar putih tulang jangan putih mata’. Justeru, para perwakilan janganlah dimomokkan oleh wang ringgit dan kebendaan di saat memilih pemimpin, kenanglah nasib anak cucu dan datok nenek yang berjuang bermati-matian mempertahankan Negara tercinta.
Bermula kisah pembunuhan En Ismail Dato Abdullah, Pegawai Daerah Batu Pahat pada Jun 1946, peristiwa Bukit Kepong pada Februari 1950 ditangan komunis hinggalah yang terbaru di Lahad Datu dan Semporna dimana 12 pejuang Negara terkorban.
Para perwakilan, perhatikan betul-betul wajah-wajah keenam enam mereka, kalau perlu tukar, tukarlah mereka yang ada jika itu merupakan keperluan anak cucu kita kelak dan beri peluang kepada panglima-panglima yang kembali membuka langkah seperti Isa Samad dan Ali Rustam..itulah sumpah pendekar ‘pantang mengalah sebelum ajal’….
Hidup Melayu!!!!   ….Sekapur Sirih sekadar menguis pandangan kerana sayangkan Melayu              

No comments:

Post a Comment