Total Pageviews

Thursday 19 September 2013

Isa Samad - Pemimpin Yang Berjiwa Besar

DARI ALBUM PEMIMPIN RAKYAT - Selepas lebih empat tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang ketika itu merupakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang telah bertemu jodoh dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Mohd Isa,  yang kembali aktif berpolitik melansungkan pernikahan  denganPuan Sri Bibi Sharliza di rumah keluarga perempuan, di Taman Fatimah, Kuala Pilah pada 14hb April 2010 jam 3 petang. Bagaimanapun,  majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri saudara mara serta kenalan rapat.

Mohd Isa menduda selepas kematian isterinya, Puan Sri Hazizah Tumin pada 7 Disember 2005 akibat kanser parotid (kelenjar pipi), yang dihidapi selama 10 tahun.

Bibi Sharliza, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menjadi Adun Paroi pada 2004, selain dilantik Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Puteri Umno dan Ketua Puteri Umno Rembau manakala Tan Sri Isa Samad adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan mantan  Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau adalah diantara pemimpin yang memiliki rekod paling setia kepada UMNO walaupun pernah teraniaya dek musuh-musuh politik yang mengkhianatinya pada 2005 yang mana merupakan tahun yang mencabar buatnya setelah kehilangan jawatan UMNO manakalanya arwah isterinya pula pulang ke rahmatullah pada tahun yang sama. 



Namun, sebagai pemimpin berjiwa besar beliau telah mengenepikan pengaruh pembangkang serta emosinya bagi menyelamatkan UMNO yang tatkala itu tersungkur dalam beberapa siri pilihanraya kecil selepas 2008. Kejayaan beliau memenangi kerusi Bagan Pinang dengan majoriti terbesar membuktikan rakyat amat menyayanginya dan pemilihan beliau menerajui FELDA adalah pilihan yang amat tepat oleh Dato Seri Najib bagi mengembalikan sokongan anak Felda kepada UMNO yang mula di serap masuk oleh pembangkang. Terbukti jelas kemenangan beliau di Jempol serta di beberapa Parlimen yang dipengaruhi masyarakat FELDA amat jelas menyerlahkan ketokohannya

Kini terpulanglah pula pada para perwakilan UMNO untuk mengembalikan semula jawatan Naib Presiden UMNO kepada beliau sebagai hadiah atas sumbangan dan kesetiaan beliau setelah Allah SWT mengurniakan beliau Puan Sri Bibi Sharliza sebagai isteri yang setia membantu beliau bagi membantu membina kekuatan UMNO khususnya dan Malaysia amnya. Insyallah Tan Sri, kami mendoakan...Sekapur Sirih Warisan Melayu      
    

No comments:

Post a Comment