Total Pageviews

Saturday 28 September 2013

Takziah buat Malaysia


TAKZIAH BUAT MALAYSIA YANG TERCINTA
Salam Sekapur Sirih...Malaysia adalah negara bertuah, bumi yang diberkati Allah SWT namun satu demi satu nikmat Allah atas bumi Malaysia yang tercinta ini mula susut dek kedurjanaan politik songsang samalah seperti perbuatan liwat yang disanjungi banyak pihak atas nama hak asasi manusia. Apakah dosa Rasullullah SAW apabila dia dihina dengan kejam oleh seorang jalang, Sally Yen, di Facebook
Apakah pula dosa jalur gemilang apabila ia hendak digantikan oleh penyokong pembangkang khususnya sasterawan tua A.Samad Said, apakah dosa pemimpin pejuang kemerdekaan apabila kisah suka duka mereka dalam Tanda Putera hendak dipadamkan dan apakah dosa Sarjan Jamil dan anggota Polis yang mengorbankan nyawa di Bukit Kepong hingga digelar petualang bangsa dan Mat Indera yang zalim dan pengkhianat bangsa disanjung oleh pemimpin PAS dan pembangkang khususnya Mat Sabu manakala pakatan pembangkang sibuk pula memperjuangkan Chin Peng yang semua ketahui dari awalnya mengikut telunjuk Parti Komunis China
Parti PAS yang kononnya sering memperjuangkan Islam, peliknya mengambil sikap 'silent mode' bila Rasullullah dihina, pemimpin Melayu Islam dicerca manakala pejuang bangsa yang mempertahankan negara dari jatuh ketangan komunis yang terang-terang bukan sahaja musuh Islam malah musuh semua agama yang ada di alam maya sebab doktrin komunis yang mengatakan agama adalah candu yang merosakkan pemikiran manusia....  justeru pemergian seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, Allahyarham Tan Sri Azizan bakal menambahkan bala buat PAS setelah kehilangan tokoh agungnya Allahyarham Dato Fadzil Noor.....Sekapur Sirih mohon takziah dan Al-Fatihah buat mereka berdua seperti takziah buat Parti PAS. Justeru, UMNO harus lebih berwibawa dalam memilih pemimpinnya kelak agar Malaysia tidak ditakziahkan....  
 

Wednesday 25 September 2013

Hishamuddin Bakal Tewas Sebagai Naib Presiden - Siri Ke 2

Hishamuddin Bakal Tewas Naib Presiden UMNO – Siri Ke 2
Amboi gelak besar Hishamuddin, sampai Khairy pun tergelak  
 Sekapur Sirih mohon mengungkap….”Jangan kerana ghairah sumpena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat”, itu ungkapan tajam Dato Seri Hishamuddin Hussein yang mengundang seribu persoalan tatkala menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

 Benar, Hishamuddin adalah diantara yang paling berkuasa di Malaysia dengan menerajui dua kementerian penting di letakkan dibawah bidang kuasanya menjadikan ia sebagai pemimpin Malaysia yang ketiga paling berkuasa selain sepupunya Najib dan pemimpin senegerinya Muhyiddin. Persoalannya, adakah Hishamuddin Berjaya menggalas amanah yang diberi sehingga 12 perajurit Negara terkorban serta anak-anak kehilangan bapa dan isteri kehilangan suami? Dan adakah beliau dikira bertanggungjawab bila melayu ditertawakan bangsa lain apabila gambar pemimpin Negara dipijak serta Jalur Gemilang dihina oleh rakyat serdiri? Atau adakah beliau mengganggap dirinya sudah bertanggungjawap dengan menjadi menteri yang pulang paling awal hingga ada yang yang menggelarnya ‘sharp five minister’ atau menteri pukul lima apabila tepat jam 5 akan segera meninggalkan Mindef?


Manakala selepas 100 hari memegang dua kementerian, apa pula sumbangannya? Oh ya..ada..iaitu menyerahkan beban bahana AES kepada Zahid setelah tak cukup dengan meninggalkan berguni-guni ‘Amaran’ untuk Zahid selesaikan termasuk isu kongsi gelap serta isu perhimpunan haram. Adakah Isa atau Ali tidak layak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO walaupun kedua-duanya pernah menang besar jawatan tersebut pada 2004. Adakah Ali tidak layak dipilih ke jawatan tersebut kerana beliau kalah pilihanraya? Atau adakah Isa tidak layak kerana bukan lagi bergelar menteri walaupun Isa telah banyak berjasa pada UMNO baik diperingkat pusat maupun negeri? Adakah mereka tidak mengukur kemampuannya? Seolah-olah pada pandangan cucu Dato Onn ini , mereka tidak layak bertanding kerana mereka bukan lagi setaraf dengan beliau?


Apakah maksud Hishamuddin bila beliau berkata bila di pilih nanti, mereka lupa tentang amanah yang cukup berat? Seolah olah kenyataan ini memperbudakkan ketokohan mereka yang telah terbukti selama ini manakala tidakkah dapat dilihat kesetiaan mereka dan kemampuan mereka menongkah arus dalam perjuangan

Malah tinjauan rambang oleh penulis sepanjang musim pemilihan ini rata-rata ahli UMNO mahu supaya Hishamuddin hilang bukan sahaja jawatan Naib Presidennya malah ada yang mahu supaya beliau dinyahkan dari arus pentadbiran Negara sebab ia dilihat menambahkan bebanan pada Najib yang sudah mula hilang popularitinya. Justeru, yang bakal mendapat manafaat jika ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah Najib sendiri kerana ahli UMNO sudah muak dengan permainan politik opportunis dan defensive oleh Hishamuddin sendiri. Justeru, UMNO mungkin tampak bersemangat jika tokoh seperti Tan Sri Isa dan Datuk Seri Ali kembali diberi mandat…bersambung…sekapur sirih mohon berehat

Monday 23 September 2013

Hishamuddin Bakal Tewas Sebagai Naib Presiden

Hishamuddin Hussein Bakal Tewas Naib Presiden UMNO

Tatkala calon-calon Naib Presiden UMNO giat menonjolkan diri bagi dipilih oleh para perwakilan UMNO dalam pemilihan yang bakal ditentukan oleh 148,000 ahli yang diberi mandate untuk memilih, Hishamuddin sedang menghitung hari saat kejatuhannya kelak. Beliau yang selama karier politik sering mencari peluang ketika krisis kini berada diambang pintu kejatuhannya dari hieraki UMNO. Beliau yang mewarisi ruang politik dari Allahyarham Tun Hussein yangsebelum itu mewarisi dari bapanya Allahyarham Dato Onn Jaafar.  Tidak ramai yang mengetahui sejarah sebenar Dato Onn Jaafar selain yang mengetahui bahawa beliau adalah pengasas UMNO yang gagal untuk mendapat kemerdekaan dari British. Buat makluman, Dato Onn Jaafar mula berkecimpung dalam dunia perjuangan setelah bossnya iaitu En. Ismail Bin Dato Abdullah, anak kepada Mufti Besar Johor, dibunuh kejam oleh Chin Peng dalam satu serang hendap di Rengit, Batu Pahat pada June 1946.
Chin Peng 'berjasa' pada generasi Dato Onn?

Turut terkorban bersama Allahyarham adalah Imam Besar Batu Pahat, yang mana tatkala itu rombongan mereka dalam perjalanan bagi mententeramkan rakyat akibat ancaman Chin Peng dan gerombolan komunis yang cuba merampas kuasa di Johor setelah pengunduran tentera Jepun. En. Ismail, yang juga sepupu kepada Allayarham Tun Dr Ismail, telah menggadaikan nyawa demi bangsa dan tanahair. Setelah pembunuhan beliau maka Dato Onn Jaafar telah dinaikkan pangkat  sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat  yang kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Johor.
CKMM sedang cium atau jilat keris?


Berbalik kepada Hishammudin, cucu kepada Dato Onn, beliau jelas gagal mengharungi arus perjuangan  bangsa, tatkala melayu terhimpit, beliau menghunus dan menjunjung keris di perhimpunan agung tetapi setelah di tekan oleh masyarakat cina, beliau segera mintak maaf jadilah beliau digelar Hishamuddin CKMM(cium keris mintak maaf). Alangkah baculnya cucu Dato Onn ini yang cuba menonjol laksana panglima melayu tapi mintak ampun setelah diugut. Bolehkan UMNO meletakan harapan bangsa  pada individu sedemikian rupa. Manakala, tatkala Sabah diasak oleh pengganas sulu, Hishamuddin cuba menyembunyikan insiden tersebut sehingga  ia menjadi parah yang akhirnya Negara diletakkan didalam keadaan kelamkabut menyebabkan 12 perajurit Negara terkorban manakala Negara terpaksa membelanjakan puluhan juta ringgit serta mengalami malu di mata dunia. Menurut seorang tokoh politik, bagaimana dia nak jaga Negara, namabaik sepupunya, Dato Seri Najib pun dia tak boleh jaga sehingga belia cina boleh pijak dan tunjuk bontot pada gambar YAB Perdana Menteri, pada malam ambang hari kemerdekaan 2012, kalaulah tak hormat pada sepupunya yang bernama Najib, hormatlah sikit pada YAB Perdana Menteri Malaysia! ………………….bersambung                     

Sunday 22 September 2013

Felda Menyertai Bidang Perhotelan Antarabangsa

Felda lancar Apartmen Grand Plaza di London


Grand Plaza adalah salah satu bangunan apartmen berperkhidmatan terbesar di London.
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Felda Investment Corp (FIC) UK Properties telah membuka secara rasmi Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza, satu aset London yang dibeli pada 4 September lepas pada harga 98 juta pound (RM495.88 juta).
“Apartmen berperkhidmatan itu disenaraikan pada tempat pertama dalam carian Google, dan urusan sewaan apartmen tersebut dilakukan 75 peratus secara dalam talian," kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dihantar dari London, semalam.
Ia dilancarkan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, baru-baru ini.
Mohd. Isa berkata, apartmen berperkhidmatan itu dilengkapkan dengan kemudahan memasak dan mencuci, sesuai untuk penginapan jangka panjang.
Memandangkan ia dimiliki FIC, semua makanan yang disediakan di Grand Plaza Bistro yang menghidangkan sarapan pagi Inggeris adalah halal, tambah beliau.
Residential Land telah menjual apartmen yang berstatus hak milik kekal, kepada FIC UK Properties, sebuah anak syarikat Felda.
Grand Plaza adalah salah satu bangunan apartmen berperkhidmatan terbesar di London dengan 198 apartmen di 13 bangunan dengan jumlah keluasan 105,044 kaki persegi.
Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza terletak berdekatan stesen tren bawah tanah Bayswater dan mencatatkan purata 90 peratus penginapan sebulan.
Grand Plaza pernah memenangi anugerah emas di bawah agoda.com pada 2011. - BERNAMA

Sekapur Sirih : Satu permulaan baru pelaburan anak FELDA cetusan dari pemimpin yang berwawasan. Tahniah FELDA kerana penguasaan hartanah antarabangsa!

Thursday 19 September 2013

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Isa Samad - Pemimpin Yang Berjiwa Besar

DARI ALBUM PEMIMPIN RAKYAT - Selepas lebih empat tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang ketika itu merupakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang telah bertemu jodoh dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Mohd Isa,  yang kembali aktif berpolitik melansungkan pernikahan  denganPuan Sri Bibi Sharliza di rumah keluarga perempuan, di Taman Fatimah, Kuala Pilah pada 14hb April 2010 jam 3 petang. Bagaimanapun,  majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri saudara mara serta kenalan rapat.

Mohd Isa menduda selepas kematian isterinya, Puan Sri Hazizah Tumin pada 7 Disember 2005 akibat kanser parotid (kelenjar pipi), yang dihidapi selama 10 tahun.

Bibi Sharliza, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menjadi Adun Paroi pada 2004, selain dilantik Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Puteri Umno dan Ketua Puteri Umno Rembau manakala Tan Sri Isa Samad adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan mantan  Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau adalah diantara pemimpin yang memiliki rekod paling setia kepada UMNO walaupun pernah teraniaya dek musuh-musuh politik yang mengkhianatinya pada 2005 yang mana merupakan tahun yang mencabar buatnya setelah kehilangan jawatan UMNO manakalanya arwah isterinya pula pulang ke rahmatullah pada tahun yang sama. 



Namun, sebagai pemimpin berjiwa besar beliau telah mengenepikan pengaruh pembangkang serta emosinya bagi menyelamatkan UMNO yang tatkala itu tersungkur dalam beberapa siri pilihanraya kecil selepas 2008. Kejayaan beliau memenangi kerusi Bagan Pinang dengan majoriti terbesar membuktikan rakyat amat menyayanginya dan pemilihan beliau menerajui FELDA adalah pilihan yang amat tepat oleh Dato Seri Najib bagi mengembalikan sokongan anak Felda kepada UMNO yang mula di serap masuk oleh pembangkang. Terbukti jelas kemenangan beliau di Jempol serta di beberapa Parlimen yang dipengaruhi masyarakat FELDA amat jelas menyerlahkan ketokohannya

Kini terpulanglah pula pada para perwakilan UMNO untuk mengembalikan semula jawatan Naib Presiden UMNO kepada beliau sebagai hadiah atas sumbangan dan kesetiaan beliau setelah Allah SWT mengurniakan beliau Puan Sri Bibi Sharliza sebagai isteri yang setia membantu beliau bagi membantu membina kekuatan UMNO khususnya dan Malaysia amnya. Insyallah Tan Sri, kami mendoakan...Sekapur Sirih Warisan Melayu      
    

Wednesday 18 September 2013

10 kenderaan mewah bukan milik saya - Suhaimi

PUTRAJAYA 18 Sept. - Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan sebanyak 10 kenderaan mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) bukan miliknya.
Beliau yang kesal dengan laporan media berhubung perkara itu berkata, kenderaan mewah tersebut milik individu lain yang turut disiasat dalam kes berkenaan sambil menegaskan tiada sebuah kereta, harta atau sebarang dokumen miliknya dirampas SPRM sehingga kini.
Menurutnya, kesemua 10 kenderaan mewah tersebut juga bukan milik proksi beliau sebagaimana dakwaan pihak tertentu.


Sehubungan itu, Suhaimi yang juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta media berhati-hati melaporkan perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan tidak benar tersebut terus berulang.
Tambahnya, beliau tampil memberi penjelasan kerana yakin bebas daripada amalan rasuah selain mengambil sikap berani kerana benar walaupun mengakui dugaan yang diterima kali ini paling mencabar sepanjang hidupnya.
"Saya beritahu terus terang, 10 buah kenderaan mewah itu bukan milik saya tetapi milik individu lain yang turut disiasat dalam kes ini. Tapi media melaporkan seolah-olah hanya saya seorang sahaja yang disiasat. Lebih tujuh individu yang disiasat oleh SPRM dalam kes ini.
"Boleh tanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau sahkan sendiri dengan SPRM. Tiada sebuah kereta atau harta benda saya yang dirampas. SPRM juga tidak merampas sebarang dokumen. Saya datang memberi keterangan dengan sukarela," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam media melaporkan, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.
Menurut Suhaimi, jika benar terbabit dalam penyelewengan dana projek 1Azam, beliau tidak mungkin hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya Jumaat lalu berseorangan tanpa ditemani peguam.
"Pegawai SPRM telefon minta saya hadir. Saya datang sukarela tanpa ditemani peguam. Saya bagi kerjasama sebaik mungkin ketika disiasat selama lima hari kerana percaya saya bersih daripada rasuah. Selebihnya, biarlah SPRM buat kerja kerana saya tidak mahu ganggu siasatan," katanya.
Mengenai dakwaan rumahnya di Taman Melawati dekat sini, juga ada kaitan dengan penyelewengan dana program 1Azam, Suhaimi berkata, pihak yang membuat fitnah itu sepatutnya sedar beliau sudah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti pembinaan, restoran dan pertanian sejak 1995.
"Tiada satu pun perniagaan itu ada kaitan dengan tugas saya sebagai bekas setiausaha politik sebelum ini. Saya beli rumah terbabit hasil rezeki melalui perniagaan. Jangan membuat tuduhan melulu tanpa siasatan," katanya.