MUKHRIZ KINI
MEMASUKI KELAB ‘SONS OF EX-PM’
Sekapur Sirih mohon berbicara
– Pada 19hb sept 2013 maka
tercatat lah satu lagi sejarah politik tanah air bila Mukhriz Mahathir, anak
bongsu Tun Dr Mahathir mengumumkan kesediaannya menawarkan diri sebagai Naib Presiden
UMNO Malaysia. Setelah sedia maklum, maka kini, terdapat tiga ahli Kelab ‘Sons
of Ex-PM’
iaitu Najib anak kepada Tun Razak(PM ke 2), Hishamuddin anak kepada
Tun Hussein(PM ke 3) dan Mukhriz anak kepada Tun Mahathir(PM ke 4) manakala
Khairy kekal sebagai ahli ex-officio sebab beliau hanya menantu Tun Abdullah(PM
ke 5). Kesemuanya memiliki cita-cita yang sama untuk menduduki kerusi yang
pernah diduduki oleh ayahandanya. Hanya Tunku Abdul Rahman, pengasas Malaysia
dan Bapa Malaysia sahaja tidak meninggalkan waris untuk menduduki kerusi sama
barangkali menerima kegagalannya untuk memastikan Melayu dan Bumiputera dapat
mendominasi geo-politik dan geo-ekonomi Malaysia.

Tun Razak melancarkan Dasar
Ekonomi Baru pada 1970 tetapi gagal memastikan minimum 30% penguasaan Melayu
dalam ekonomi, Tun Hussein juga gagal malah geo-politik juga goncang bila PAS
dipecat dari BN pada 1974, Tun Mahathir juga mengaku dalam ucapan perpisahannya
pada Perhimpunan Agung UMNO 2003 bahawa beliau gagal membangunkan Melayu manakala
Tun Abdullah pula bertambah parah bila BN hilang majoriti 2/3 dalam sejarah
penubuhan BN…Setelah itu bermula generasi Kelab ‘Sons of Ex-PM’ yang lebih
parah dari Kelab Ex-PM pabila Najib hilang hampir seluruh undi kaum Cina…(Tetapi
di pihak pembangkang lagi parah sampai PKR dikuasai anak-beranak juga DAP
manakala PAS hanya tempias sahaja iaitu diperingkat Negeri Kelantan). Adakah
Malaysia ketandusan benih-benih pemimpin? Pelik juga pabila pemimpin pemimpin
Negara selalu menasihatkan rakyat untuk ‘think out of the box’ tapi ahli UMNO
masih ‘think inside the box’(tak payah komen parti pembangkang sebab mereka
lagi parah!) Kenapa ahli UMNO tak nak cuba gandingan tokoh-tokoh baru contohnya
seperti TS Muhyiddin dan Zahid atau Isa Samad…manalah tau mungkin mereka dapat
melakar kejayaan 30% angka keramat penguasaan ekonomi bumiputra yang dikejar
selama 43 tahun!

Mukhriz adalah seorang personaliti yang baik tapi kenapa tahun
2013 ini beliau secara tergesa-gesa ingin mengatasi rekod Anwar Ibrahim…tahun
2013, Mukhriz jadi Menteri Besar, jadi Ketua Perhubungan Negeri dan kini nak
jadi Naib Presiden, bukankah itu terlalu terburu-buru sedangkan kerusi MB pun
belum panas dan 100 hari di Kedah belum ada sebarang pencapaian yang boleh
dikira cemerlang! Walaubagaimanapun, sekapur sirih mendoakan kejayaan BN di DUN Sungai Limau, Insyallah ……..Sekapur Sirih
sekadar memohon renungan
No comments:
Post a Comment