Total Pageviews

Wednesday 11 December 2013

Kerajaan Pahang Tidak Pernah Membenarkan Pelancongan Ketuhanan

KERAJAAN PAHANG TIDAK PERNAH MENGIZINKAN PELANCUNGAN KETUHANAN


Petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 3hb Oktober 2013

KUANTAN 2 Okt. - Projek pembinaan pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang dekat sini, seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd., tidak pernah dibincangkan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, pembinaan pusat tersebut yang mencetuskan pelbagai spekulasi di internet ketika ini sememangnya tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu penipuan.
Sebaliknya, menurut beliau, tanah seluas 100 hektar di Gambang itu diluluskan kepada syarikat Waras Mekar Sdn. Bhd., yang hanya berunding dengan Enchant Acres bagi memajukan tanah berkenaan sebagai rakan kongsi untuk tujuan pembangunan bercampur antara komersial dengan kediaman seperti disyaratkan.
''Namun, belum ada persetujuan ditandatangani tetapi tiba-tiba Enchant Acres buat kenyataan akan buat pusat pelancongan kerohanian di Gambang. Dengan itu Waras Mekar telah buat laporan polis.
"Projek ini tidak pernah dibincangkan dan tidak akan dibuat di Pahang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Yayasan Pahang, di sini hari ini.
Sebelum ini, Enchant Acres menerusi dalam laman web syarikat itu menghebahkan mengenai projek pembinaan sebuah pusat pelancongan kerohanian di Gambang melibatkan pelbagai agama selain turut melibatkan pembinaan hotel dan institusi pendidikan di tapak tersebut.
Sementara itu, Adnan berkata, kerajaan negeri hanya membuat kenyataan berhubung isu tersebut ketika ini kerana perlu membuat siasatan terperinci.
"Saya harap dengan penjelasan keadaan sebenar hari ini, maka isu ini selesai. Pembangunan di tanah yang kita luluskan hanyalah untuk projek kediaman dan komersial," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20131003/wp_01/Kerajaan-Pahang-tidak-benarkan#ixzz2nDyP09A1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 18 October 2013

warisan bangsa ...satu penentuan

WARISAN  MELAYU  AMANAT  BANGSA…DILEMA PEMILIHAN  UMNO


Sekapur Sirih kembali berbicara…. Masa depan politik enam calon naib presiden bakal ditentukan esok begitu jugalah masa depan UMNO dalam PRU14 kelak. Umum mengetahui bahawa Najib gagal mengembalikan kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU13 dimana BN hanya menang 133 kerusi berbanding PRU12 sebanyak 147 kerusi bermakna hilang 10% kerusi lagi.
. Dan kalau dalam PRU14 BN kehilangan 10% lagi kerusi bermakna Presiden UMNO bakal menjadi Ketua Pembangkang dan ahli UMNO menjadi ahli pembangkang malah yang lebih dahsyat lagi bangsa Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak kehilangan dominasi dalam masyarakat majmuk dan kalau Tun Razak mengasaskan Dasar Ekonomi Baru maka jika DS Najib masih presiden UMNO maka anak Tun Razak merupakan peranap segala impian Melayu dan impian ayandanya.
Melayu akan kembali merempat seperti  57 tahun dahulu. Ini adalah kerana apalah sangat diharapkan dari PKR dan PAS, yang satu tu sibuk pasal perjuangan bangsa lain manakala satu lagi sibuk dengan ceramah maki hamun di surau surau dan masjid masjid maka benarlah bagai kisah Pak Pandir ‘menang sabung kampong tergadai’ manakala UMNO ketika tu hanya melutut ditepi gantang bagai lembu yang berkumpul di Hari Raya Korban. Yang paling menyedihkan orang melayu akan di pinggirkan dan tidak mustahil terpaksa merempat di negara Negara asing. Orang Melayu memang selalu mengambil sambil lewa seolah olah ajal tu perkara mustahil,  dah lah Melayu berpecahbelah dalam komuniti ini kepada Melayu UMNO, PAS, PKR, Sosialis dan berbagai-bagai.
Melayu lupa setiap yang bermula akan berakhir begitulah ajal bangsa namun kita diajar tentang semangat pahlawan melayu ‘biar putih tulang jangan putih mata’. Justeru, para perwakilan janganlah dimomokkan oleh wang ringgit dan kebendaan di saat memilih pemimpin, kenanglah nasib anak cucu dan datok nenek yang berjuang bermati-matian mempertahankan Negara tercinta.
Bermula kisah pembunuhan En Ismail Dato Abdullah, Pegawai Daerah Batu Pahat pada Jun 1946, peristiwa Bukit Kepong pada Februari 1950 ditangan komunis hinggalah yang terbaru di Lahad Datu dan Semporna dimana 12 pejuang Negara terkorban.
Para perwakilan, perhatikan betul-betul wajah-wajah keenam enam mereka, kalau perlu tukar, tukarlah mereka yang ada jika itu merupakan keperluan anak cucu kita kelak dan beri peluang kepada panglima-panglima yang kembali membuka langkah seperti Isa Samad dan Ali Rustam..itulah sumpah pendekar ‘pantang mengalah sebelum ajal’….
Hidup Melayu!!!!   ….Sekapur Sirih sekadar menguis pandangan kerana sayangkan Melayu              

Wednesday 16 October 2013

Hishamuddin Dapatr Satu Lagi Talian Hayat

HISHAMUDDIN DAPAT SATU LAGI TALIAN HAYAT….KHAIRY PULAK..!!!


Sekapur Sirih menambah bicara…Dalam ucapan yang berapi-api dalam program Rangkaian Sahabat pada Ahad lepas di Hotel Manhattan Kuala Lumpur, Khairy mengungkit kisah silam tentang ‘pengorbanan’ Hishamuddin menyelamatkan Pemuda Umno pada tahun 1998 setelah ditinggalkan oleh Zahid yang melepaskan jawatan Ketua Pemuda ketika itu..Dalam ucapan pukulan maut ini demi menyelamatkan Hishamuddin, beliau menebas Zahid, Mahathir, Mukhriz…hahaha
inilah kualiti Ketua Pemuda yang menang ‘sebulat suara’ baru-baru ini. Beliau tak sabar sabar untuk mengaturkan supaya Hishamuddin terselamat tanpa mengira kesan yang akan timbul kelak. Ini dengan harapan dapatlah beliau membuatkan Hishamuddin terhutang budi dan seterusnya melonjakan peluang beliau untuk bertandingkerusi Naib Presiden penggal depan disamping mengenepikan peluang musuh ketatnya ‘Mukhriz’ yang  mana factor ‘Mahathir’ menyebabkan pak mertuanya hilang kuasa. Namun, beliau lupa episode 1998, hero sebenarnya adalah Zahid yang terpaksa melepaskan jawatan setelah disumbat dalam ISA manakala Hishamuddin ‘Lahad Datu’ seperti biasa dapat laluan express dengan meninggalkan Zahid keseorangan walaupun umum tau Hishamuddin juga adalah orang ‘Anwar’. Sekali lagi menjelang pemilihan ini, pilihlah mereka yang benar benar semangat juang sebab jangan ingat PAS dan PKR tu lemah…pilihlah pemimpin seperti Zahid, Isa Samad, Ali Rustam atau Mukhriz yang terbukti

jasanya pada UMNO….Sekapur Sirih mohon talian hayat  dari 150,000 ahli UMNO…    
 

Tuesday 15 October 2013

Talian Hayat Buat Hishamuddin

TALIAN HAYAT BUAT HISHAMUDDIN ..!!!


Sekapur sirih mula berbicara…Ahad, 8 Zulhijjah 1434 bersamaan 13hb Oktober 2013 kira-kira enam hari sebelum pengundian Majlis Tertinggi UMNO, di hotel Manhattan, Berjaya Times Square, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO yang dilantik oleh Datuk Seri Najib secara terbuka mengistiharkan sokongan kepada sepupu Najib yang juga ahli Kelab elit ‘Sons of Ex-PM’. Kami kira UMNO sebagai sebuah parti yang ingin mengamalkan demokrasi secara telus adalah tidak wajar membiarkan seorang yang berkait rapat dengan Presiden yang menang tanpa tandingan bertindak demikian setelah seluruh ahli memberi kepercayaan mutlak kepadanya untuk memimpin UMNO.
Tindakan beliau yang juga Ketua UMNO Wilayah Persekutuan mengistiharkan sokongan terbuka dihadapan Hishamuddin dan pemimpin UMNO di Hotel Manhattan menjelang pemilihan telah menghantar isyarat yang memberi kesan keatas sikap Presiden dan leftenan-leftenannya. Sekapur sirih merakamkan simpati keatas Isa Samad, Ali Rustam dan seorang lagi ahli kelab ‘Sons of Ex-PM’ Mukhriz. Namun, apa-apa pun kesan hanya akan dirasai oleh Presiden dan UMNO sekiranya ‘berkat’ sokongan ini membawa padah kepada lawan-lawannya..Pasal apa lah Najib lantik Setiausaha Agung yang royan…inilah UMNO nak buat baik tapi jadi tak baik!!       

Tuesday 8 October 2013

Perwakilan Kesal 4 Calon Naib President Gagal Hadir di NS

PERWAKILAN KESAL 4 CALON NAIB PRESIDEN GAGAL HADIR DI NEGERI SEMBILAN



Sekapur Sirih mula berbicara…..Majlis pengenalan calon di Kelana Resort Negeri Sembilan pagi ini gagal mendapat sambutan dari calon-calon Naib Presiden dimana Zahid,Shafie dan Hishamuddin tak ambil kisah untuk hadir manakala Mukhriz juga tak nampak muka..Hai Mukhriz..takkan tak nak jumpa perwakilan di negeri mertua kot…tapi tak mengapa kita bersangka baik sebab kesemua mereka bertaraf menteri dan menteri besar..apalah sangat negeri Pak Khairy dan Isa Samad…atau mungkin undi perwakilan Negeri Sembilan tak begitu penting buat mereka…atau mereka boikot Mat Hassan dan Khairy…atau mereka yakin perwakilan Negeri Sembilan akan memberi undi kepada mereka dan tak payah kerja kuat…atau mereka dah ingat nak kalah….berbagai-bagai atau yang kita fikirkan..
Hanya Isa Samad dan Ali Rustam sahaja yang bersungguh-sungguh menunjukkan muka mereka walaupun  tak de jawatan parti dan kabinet…ia lah dua veteran UMNO ini hanya sekadar Pengerusi FELDA dan Pengerusi PUNB..tapi perwakilan harus ingat…kedua-dua agensi inilah yang banyak membantu melayu dan bumiputera jadi wajarlah mereka ini dibantu pulak oleh perwakilan supaya suara mereka kuat dalam UMNO kelak. Siapa tak kenal jasa Isa Samad membangunkan melayu di Negeri Sembilan dan memperkuatkan UMNO di Negeri Sembilan dari zaman penentangan Semangat 46 hinggalah cabaran PKR walaupun beliau disisihkan namun beliau tak pernah curang pada UMNO….dan siapa tak kenal Ali Rustam di Melaka yang telah banyak membangunkan Melaka hingga menjadi salah satu kubu terkuat UMNO di selatan tanahair dan sanggup pula berkorban hingga terkorban di Bukit Katil akibat pembelotan kaum Cina. 
Sekapur Sirih dimaklumkan bahawa ada pemimpin Melaka yang gembira pabila YB Shamsul Iskandar berjaya menumbangkan singa Melaka tersebut..Jadi demi kekuatan UMNO, wajarlah kedua-dua singa selatan tanahair ini diberi mandat oleh perwakilan khususnya di Negeri Sembilan dan Melaka bagi membaik pulih imej UMNO di kalangan rakyat….Semangat Dato Dol Said di Negeri Sembilan dan Bendahara Tun Perak berada pada kedua-dua tokoh ini.......... Sekapur Sirih sekadar memberi pandangan..mohon maaf  jika keterlaluan 

Saturday 5 October 2013

Alahai Roadshow UMNO

ALAHAI UMNO…ROAD SHOW YANG HAMBAR

Sekapur Sirih menyambung warkah…Proses pengenalan calon yang bermula di Stadium Mulia, Ipoh kelmarin jelas menonjolkan perwakilan UMNO tak berminat untuk hanya melihat wajah calon, ia seolah-olah menghina perwakilan dan calon itu sendiri sedangkan calon-calon yang diperkenalkan bukanlah orang baru dan perwakilan bukanlah bengap sangat sampai tokoh-tokoh pemimpin mereka pun tak kenal.

Yang perwakilan nak dengar ialah apa wawasan mereka untuk bangsa melayu bukan nak tengok wajah mereka seolah olah calon calon tersebut ‘orang yang bersalah dalam barisan mengecam’ atau ‘model-model pakaian jenama’. Sejak lepas PRU 13 ini, pihak Ibupejabat UMNO makin lah merepek dan melalut..tu sebab ramai perwakilan tak nak hadir sebab bagi mereka membuang masa macamlah tak de kerja lain.. Jadi berbaris lah calon-calon UMNO tersebut macam model-model supaya perwakilan dapat tengok…Hanya Tan Sri Isa dan beberepa calon MT tak hadir, bagus lah Tan Sri, jangan layan kerenah sia-sia Datuk Rauf(SU Kerja UMNO) & Tengku Adnan
Yang hadir pun merungut sebab mereka terpaksa mengorbankan masa bagi tujuan yang rendah nilai tambah. Justeru perwakilan, janganlah sia-siakan peluang untuk memilih pemimpin yang berwawasan dalam UMNO bermakna berilah peluang kepada mereka yang berkesan bukan yang memberi alasan seperti Hishamuddin(beliau mendakwa bertindak bijaksana di Lahad Datu...hahaha)…..Sekapur Sirih sekadar memberi pandangan

Wednesday 2 October 2013

Mukhriz Kini Memasuki Kelab 'SONS OF EX-PM'

MUKHRIZ KINI MEMASUKI KELAB ‘SONS OF EX-PM’


Sekapur Sirih mohon berbicaraPada 19hb sept 2013 maka tercatat lah satu lagi sejarah politik tanah air bila Mukhriz Mahathir, anak bongsu Tun Dr Mahathir mengumumkan kesediaannya menawarkan diri sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia. Setelah sedia maklum, maka kini, terdapat tiga ahli Kelab ‘Sons of Ex-PM’
 iaitu Najib anak kepada Tun Razak(PM ke 2), Hishamuddin anak kepada Tun Hussein(PM ke 3) dan Mukhriz anak kepada Tun Mahathir(PM ke 4) manakala Khairy kekal sebagai ahli ex-officio sebab beliau hanya menantu Tun Abdullah(PM ke 5). Kesemuanya memiliki cita-cita yang sama untuk menduduki kerusi yang pernah diduduki oleh ayahandanya. Hanya Tunku Abdul Rahman, pengasas Malaysia dan Bapa Malaysia sahaja tidak meninggalkan waris untuk menduduki kerusi sama barangkali menerima kegagalannya untuk memastikan Melayu dan Bumiputera dapat mendominasi geo-politik dan geo-ekonomi Malaysia.
Tun Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada 1970 tetapi gagal memastikan minimum 30% penguasaan Melayu dalam ekonomi, Tun Hussein juga gagal malah geo-politik juga goncang bila PAS dipecat dari BN pada 1974, Tun Mahathir juga mengaku dalam ucapan perpisahannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2003 bahawa beliau gagal membangunkan Melayu manakala Tun Abdullah pula bertambah parah bila BN hilang majoriti 2/3 dalam sejarah penubuhan BN…Setelah itu bermula generasi Kelab ‘Sons of Ex-PM’ yang lebih parah dari Kelab Ex-PM pabila Najib hilang hampir seluruh undi kaum Cina…(Tetapi di pihak pembangkang lagi parah sampai PKR dikuasai anak-beranak juga DAP manakala PAS hanya tempias sahaja iaitu diperingkat Negeri Kelantan). Adakah Malaysia ketandusan benih-benih pemimpin? Pelik juga pabila pemimpin pemimpin Negara selalu menasihatkan rakyat untuk ‘think out of the box’ tapi ahli UMNO masih ‘think inside the box’(tak payah komen parti pembangkang sebab mereka lagi parah!) Kenapa ahli UMNO tak nak cuba gandingan tokoh-tokoh baru contohnya seperti TS Muhyiddin dan Zahid atau Isa Samad…manalah tau mungkin mereka dapat melakar kejayaan 30% angka keramat penguasaan ekonomi bumiputra yang dikejar selama 43 tahun! 

Mukhriz adalah seorang personaliti yang baik tapi kenapa tahun 2013 ini beliau secara tergesa-gesa ingin mengatasi rekod Anwar Ibrahim…tahun 2013, Mukhriz jadi Menteri Besar, jadi Ketua Perhubungan Negeri dan kini nak jadi Naib Presiden, bukankah itu terlalu terburu-buru sedangkan kerusi MB pun belum panas dan 100 hari di Kedah belum ada sebarang pencapaian yang boleh dikira cemerlang! Walaubagaimanapun, sekapur sirih mendoakan kejayaan BN di DUN Sungai Limau, Insyallah ……..Sekapur Sirih sekadar memohon renungan