Hishamuddin
Hussein Bakal Tewas Naib Presiden UMNO
Tatkala
calon-calon Naib Presiden UMNO giat menonjolkan diri bagi dipilih oleh para
perwakilan UMNO dalam pemilihan yang bakal ditentukan oleh 148,000 ahli yang
diberi mandate untuk memilih, Hishamuddin sedang menghitung hari saat
kejatuhannya kelak. Beliau yang selama karier politik sering mencari peluang
ketika krisis kini berada diambang pintu kejatuhannya dari hieraki UMNO. Beliau
yang mewarisi ruang politik dari Allahyarham Tun Hussein yangsebelum itu
mewarisi dari bapanya Allahyarham Dato Onn Jaafar. Tidak ramai yang mengetahui sejarah sebenar
Dato Onn Jaafar selain yang mengetahui bahawa beliau adalah pengasas UMNO yang
gagal untuk mendapat kemerdekaan dari British. Buat makluman, Dato Onn Jaafar mula
berkecimpung dalam dunia perjuangan setelah bossnya iaitu En. Ismail Bin Dato
Abdullah, anak kepada Mufti Besar Johor, dibunuh kejam oleh Chin Peng dalam
satu serang hendap di Rengit, Batu Pahat pada June 1946.
![]() |
Chin Peng 'berjasa' pada generasi Dato Onn? |
Turut
terkorban bersama Allahyarham adalah Imam Besar Batu Pahat, yang mana tatkala
itu rombongan mereka dalam perjalanan bagi mententeramkan rakyat akibat ancaman
Chin Peng dan gerombolan komunis yang cuba merampas kuasa di Johor setelah
pengunduran tentera Jepun. En. Ismail, yang juga sepupu kepada Allayarham Tun
Dr Ismail, telah menggadaikan nyawa demi bangsa dan tanahair. Setelah
pembunuhan beliau maka Dato Onn Jaafar telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat yang kemudian dilantik sebagai Menteri Besar
Johor.
![]() |
CKMM sedang cium atau jilat keris? |
Berbalik
kepada Hishammudin, cucu kepada Dato Onn, beliau jelas gagal mengharungi arus perjuangan bangsa, tatkala melayu terhimpit, beliau
menghunus dan menjunjung keris di perhimpunan agung tetapi setelah di tekan
oleh masyarakat cina, beliau segera mintak maaf jadilah beliau digelar
Hishamuddin CKMM(cium keris mintak maaf). Alangkah baculnya cucu Dato Onn ini
yang cuba menonjol laksana panglima melayu tapi mintak ampun setelah diugut.
Bolehkan UMNO meletakan harapan bangsa
pada individu sedemikian rupa. Manakala, tatkala Sabah diasak oleh
pengganas sulu, Hishamuddin cuba menyembunyikan insiden tersebut sehingga ia menjadi parah yang akhirnya Negara
diletakkan didalam keadaan kelamkabut menyebabkan 12 perajurit Negara terkorban
manakala Negara terpaksa membelanjakan puluhan juta ringgit serta mengalami
malu di mata dunia. Menurut seorang tokoh politik, bagaimana dia nak jaga
Negara, namabaik sepupunya, Dato Seri Najib pun dia tak boleh jaga sehingga
belia cina boleh pijak dan tunjuk bontot pada gambar YAB Perdana Menteri, pada
malam ambang hari kemerdekaan 2012, kalaulah tak hormat pada sepupunya yang
bernama Najib, hormatlah sikit pada YAB Perdana Menteri Malaysia! ………………….bersambung
tlng linkan kpada membe lain
ReplyDeletehttp://isasamadpemimpinberjiwarakyat.blogspot.com/2013/09/lima-maut-dalam-letupan-bom-di-barat.html