Hishamuddin Bakal Tewas Naib Presiden UMNO –
Siri Ke 2
![]() |
Amboi gelak besar Hishamuddin, sampai Khairy pun tergelak |
Sekapur Sirih mohon mengungkap….”Jangan kerana ghairah
sumpena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab
dan amanah yang cukup berat”, itu ungkapan tajam Dato Seri
Hishamuddin Hussein yang mengundang seribu persoalan tatkala menjawab soalan
pemberita mengenai kemungkinan ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali
Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan Naib Presiden UMNO.
Benar, Hishamuddin adalah diantara yang paling berkuasa
di Malaysia dengan menerajui dua kementerian penting di letakkan dibawah bidang
kuasanya menjadikan ia sebagai pemimpin Malaysia yang ketiga paling berkuasa
selain sepupunya Najib dan pemimpin senegerinya Muhyiddin. Persoalannya, adakah
Hishamuddin Berjaya menggalas amanah yang diberi sehingga 12 perajurit Negara terkorban
serta anak-anak kehilangan bapa dan isteri kehilangan suami? Dan adakah beliau
dikira bertanggungjawab bila melayu ditertawakan bangsa lain apabila gambar
pemimpin Negara dipijak serta Jalur Gemilang dihina oleh rakyat serdiri? Atau adakah beliau mengganggap dirinya
sudah bertanggungjawap dengan menjadi menteri yang pulang paling awal hingga
ada yang yang menggelarnya ‘sharp five minister’ atau menteri pukul lima
apabila tepat jam 5 akan segera meninggalkan Mindef?
Manakala selepas 100 hari memegang dua kementerian, apa
pula sumbangannya? Oh ya..ada..iaitu menyerahkan beban bahana AES kepada Zahid
setelah tak cukup dengan meninggalkan berguni-guni ‘Amaran’ untuk Zahid selesaikan termasuk isu kongsi gelap serta isu
perhimpunan haram. Adakah Isa atau Ali tidak layak bertanding jawatan Naib
Presiden UMNO walaupun kedua-duanya pernah menang besar jawatan tersebut pada
2004. Adakah Ali tidak layak dipilih ke jawatan tersebut kerana beliau kalah
pilihanraya? Atau adakah Isa tidak layak kerana bukan lagi bergelar menteri
walaupun Isa telah banyak berjasa pada UMNO baik diperingkat pusat maupun negeri?
Adakah mereka tidak mengukur kemampuannya? Seolah-olah pada pandangan cucu Dato
Onn ini , mereka tidak layak bertanding kerana mereka bukan lagi setaraf dengan
beliau?
Apakah maksud Hishamuddin bila beliau berkata bila di pilih nanti, mereka lupa tentang amanah yang cukup berat? Seolah olah kenyataan ini memperbudakkan ketokohan mereka yang telah terbukti selama ini manakala tidakkah dapat dilihat kesetiaan mereka dan kemampuan mereka menongkah arus dalam perjuangan
Malah tinjauan rambang oleh penulis sepanjang musim pemilihan ini rata-rata ahli UMNO mahu supaya Hishamuddin hilang bukan sahaja jawatan Naib Presidennya malah ada yang mahu supaya beliau dinyahkan dari arus pentadbiran Negara sebab ia dilihat menambahkan bebanan pada Najib yang sudah mula hilang popularitinya. Justeru, yang bakal mendapat manafaat jika ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah Najib sendiri kerana ahli UMNO sudah muak dengan permainan politik opportunis dan defensive oleh Hishamuddin sendiri. Justeru, UMNO mungkin tampak bersemangat jika tokoh seperti Tan Sri Isa dan Datuk Seri Ali kembali diberi mandat…bersambung…sekapur sirih mohon berehat
No comments:
Post a Comment